Friday, 31 August 2012

Merdeka Raya Anniversary Celebration

Hari ini 31hb Ogos 2012 bersamaan 13 Syawal 1433H seluruh rakyat Malaysia menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 55 dengan tema Janji Ditepati. Selamat hari Merdeka. Masih di bulan Syawal dan belum terlewat rasanya untuk E-na ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua pengunjung Lovely Kitchen yang beragama Islam. Ampun dan maaf untuk komen dan e-mail yang belum sempat E-na balas. Sekarang ni masa untuk mengadap blog begitu terbatas. 


Banyak perkara yang perlu di selesaikan apabila menjejakkan kaki ke Malaysia. Keadaan rumah yang sedang dibaiki dan ubahsuai memerlukan perhatian sepenuhnya. Tapi dalam keadaan dapur yang sedang direnovate E-na sempat juga buat 6 jenis biskut raya tetapi tak sempat untuk publish di Lovely Kitchen...:p


Hari ini juga merupakan hari Ulangtahun Perkahwinan E-na dan hubby yang ke 12. Semoga kasih sayang antara kami bertambah erat, terus cekal dan tabah dalam mengharungi cabaran hidup berumahtangga dan dipermudahkan segala urusan kami dunia dan akhirat....Amin. For my dearest husband, I love U more than words can say...

Sedikit perkembangan renovation dapur. Pintu, tingkap, wayering dan syiling telah siap. Sekarang proses membuat tabletop untuk kitchen kabinet. Lepas ni tinggal lagi pasang tiles lantai dan dinding...jika tiada halangan next week boleh siap. Lepas tu bolehlah tempah kitchen kabinet pula. Tak sabar nak tunggu dapur siap....Petang tadi pergi beli exhaust fan dan untuk diletakkan di dapur. Harap lepas ni  kuranglah haba panas di dapur dan kerja-kerja memasak dapat dilakukan dengan lebih selesa dan nyaman. Hubby beli exhaust fan model KDK 12 inci. Klik di sini.


Wednesday, 8 August 2012

Rahsia Masakan Sedap!




Mari kita amalkan Doa dan Zikir semasa memasak. Semoga mendapat keberkatan dan ketenangan semasa menyediakan juadah untuk keluarga tersayang. Bila hati tenang kita akan lebih fokus semasa memasak. Masak dengan penuh kasih sayang pastinya  masakan akan lebih sedap menepati citarasa keluarga, Insyaallah.



Gambar : Senihias


        Doa Masuk Dapur 
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَ
Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras

الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ
Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

Doa Potong Sayur & Buah

فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ
Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]



Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur

فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]




Doa Buka Periuk

اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ
Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak

لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ
Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau lawan jam)

Doa Simpan Beras

وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ
Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa Untuk Sedapkan Makanan
Selawat Nabi 3x, Istighfar 3x

Source : Facebook dan Toksheikh




Tuesday, 7 August 2012

Renovation Dapur


Kerja-kerja pengubahsuaian wet kitchen sedang di jalankan. Harap semuanya berjalan lancar dan Lovely Kitchen boleh bersiaran semula dengan menu-menu harian. Dah lama sangat rasanya tak baking dan main masak-masak macam di bumi sakura dulu...:))


Sunday, 5 August 2012

Doa Untuk Elak Kencing Manis dan Darah Tinggi

Klik button Share untuk berkongsi info ini dengan rakan anda di FB




Amalkan doa di bawah setiap kali sebelum makan, Insyaallah dengan izinNya kita di jauhkan dari penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis dan darah tinggi, sakit-sakit lenguh sendi dan terang penglihatan, jelas pertuturan serta elok pendengaran.

1.



اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْمَا رَزَقْتَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : Ya Allah berkatilah kami pada apa yang telah Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab neraka.


2.



3.   Wayazidkum quwwatan ila quwwatikum wala tatawallau mujrimin
      (Surah HUD penghujung ayat 52)
      Maksudnya : Allah yang menambah kekuatan di atas kekuatan kamu, dan janganlah kamu      berpaling menjadi orang yang berdosa


NOTE : Rujuk Al-Quran Surah Hud ayat 52 untuk dapatkan bacaan yang lebih tepat



Aminnn...



 Source :  Kak EnaZambri Rashid
                Kak Zanariah Hassim