Saturday 27 March 2010

:-> Marble Cupcake


Kek laaagi!!! Yang ini first time E-na deco cupcake....special for my son, Qaeed Hafiy sempena birthday yang ke 2 pada 7th March 2010. Deco pagi sebelum majlis, dalam Hafiy masa tu demam dan nak berdukung je...buat majlis kecil sambutan harijadi sekali dengan Kakak Damia last week. E-na masak nasi beriyani, ayam masak merah, rendang daging, acar mentah dan buah melaka je untuk hidangan makan tengahari kawan-kawan yang datang. Tapi gambar makanan lain x sempat nak snap...sibuk sgt masa tu....
Close up sikit cupcake tu...rupe ape pun E-na tak tau! he he jangan ketawakan tau...

Marble Cupcake
Bahan-bahannya :
  • 250g butter
  • 200g gula castor
  • 250g telur
  • 1tsp essence vanilla
  • 250g tepung gandum
  • 1tsp baking powder
  • 30g choc powder
  • 50ml air panas
  • 60g chocolate chips
Cara Membuatnya :
  1. Pukul butter denga gula castor sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan essen vanilla, kacau sebati.
  3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah di ayak bersama dan kacau.
  4. Sendukkan 300g adunan ke dalam mangkuk lain dan masukkan chocolate powder dan air panas kemudian kacau sebati.
  5. Kemudian masukkan adunan chocolate ke dalam adunan tanpa warna tadi. Kacau sedikit supaya menjadi marble effect look.
  6. Sudukan adunan ke dalam paper cup dan tabur chocolate chips.
  7. Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit atau sehingga masak.
  8. Sejukkan di atas redai.
  9. Bila dah sejuk bolehlah di hias mengikut citarasa masing-masing. Makan begitu pun boleh juga. Selamat mencuba!
Note : E-na buat 1/2 adunan sahaja menghasilkan 12 biji cupcakes.

Yang ini pula untuk Damia... plan nak buat deco lain tapi terlupa beli bahan so last minit letak je apa yang ada...inilah hasilnya, teruk betul rupa kek tu kan! eeeiiii sabar je la.....

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Suri Sarawak

Friday 26 March 2010

:-> Kek Birthday Qistina Damia


E-na sempat buat 2 biji Black Beauty Chocolate Cake untuk Kakak Damia bawa ke sekolah sempena ulangtahun kelahirannya yang ke 7. Sebiji E-na letak topping chocolate (boleh tengok DI SINI) dan sebiji lagi ni E-na buatkan gambar Kitty -Chan. Terketar-ketar jugak nak melukisnya...bukan senang rupanya hendak mendeco cake kalau tidak berguru...tapi ku gagahkan juga dan inilah hasilnya yang tidak seberapa...masih banyak yang perlu di perbaiki.

Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^

Thursday 25 March 2010

:-> Black Beauty Chocolate Cake


Assalamualaikum Semuaaaaaa!!! he he lama betul 'bercuti' dari berblog ni... Macam-macam yang perlu di selesaikan sampai tak berkesempatan nak post new n3. Nak melawat blog kawan2 pun tertangguh je...

Terima kasih kepada kawan2 yg tinggalkan pesan, bertanya khabar di shoutbox dan di ruangan komen dan kepada semua pengunjung Lovelykitchen. E-na minta maaf kerana tidak sempat membalas semua persoalan tersebut. Sebenarnya pada penghujung bulan January hari tu E-na tak sihat...lebih kurang 2 minggu juga nak recover semula.... bila dah baik pun E-na buat keje yang simple2 dan byk rehatkan badan je. Tapi rehat E-na ni bkn boleh duduk saje mesti nak buat something so masa free dari dunia blog tu sempatlah siapkan sebiji cushion crosstich...Alhamdulillah skrg sudah sihat dan rindu nak berblog semula. Rindu kat kawan2 semua...ada ke yang rindu E-na???? he he...

Oklah back to the new post, Black Beauty Chocolate Cake ini E-na buat untuk birthday my 1st daughter Qistina Damia yang ke 7 pada 15th March 2010. E-na buat 2 biji untuk di bawa ke sekolah Damia. Sebiji lagi Deco Kitty Chan, boleh tgk kat link ni ye. Kek ini senang dan cepat nak buat sebab tidak perlu menggunakan mixer. Dari segi rasa my hubby cakap ok sedap...Bagi sesiapa yang hendak mencubanya boleh ambik resepi kat bawah ni...

BLACK BEAUTY CHOCOLATE CAKE

Bahab-bahannya:
Bahan A
  • 220g tepung gandum/ superfine (2 cawan)
  • 40g serbuk koko (3/4 cawan)
  • 2tsp soda bikarbonat
  • 2tsp baking powder
Bahan B
  • 220g gula castor (2 cawan)
  • 200ml fresh milk/ susu cair (1 cawan)
  • 200ml minyak masak/ butter yg dicaikan ( 1 cawan )
  • 200ml air panas suam ( 1 cawan)
  • 1tbs chocolate emulco
  • 3 biji telur
Cara Membuatnya :
  1. Alaskan loyang berukuran 20cm dengan cooking sheet dan ketepikan.
  2. Ayak semua bahan A dan ketepikan.
  3. Di dalam mangkuk besar satukan semua bahan B dan kacau menggunakan whisker sehingga sebati.
  4. Kemudian masukkan bahan A tadi dan gaul rata.
  5. Tuang semua adunan ke dalam loyang yang telah di alas tadi.
  6. Bakar dengan suhu 150 darjah selama 60 minit.
  7. Bila sudah masak biarkan dalam 3 minit di dalam oven dengan pintu oven terbuka.
  8. Angkat dan sejukkan di atas redai.
  9. Hiaskan dengan topping kesukaan anda. Selamat mencuba.
Note : untuk kek ini tidak perlu panaskan oven. Bila dah siap masukkan kek barulah on oven.

Topping Jimat :
Bahan-bahannya :
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 2 1/2 cawan air (E-na guna fresh milk)
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 2tbs marjerin
Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam non-stick pan.
  2. Kacau sebati.
  3. Dengan menggunakan api perlahan, kacau diatas dapur sehingga agak pekat.
  4. Adunan hendaklah di kacau selalu supaya tidak berketul.
  5. Tuangkan ke atas kek dan ratakan.
Note : Lain kali kena buat separuh je sukatan topping ni, lebih pulak...


Best Regards,
^_^LovelyKitchen^_^


Source : Mak Lang Azie
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...